Gambaran terhebat dalam kehidupan seorang gengster dan diangkat dari kisah benar.
Bila anak jalanan Rio memonopoli pasaran dadah ,makanya tiada siapa pun yang akan selamat. Simpan semua karekter polis hebat kegemaran kamu. kerana tiada polis yang berani masuk ke wilayah setinggan bernama CITY OF GOD.
Muak dengan filem aksi jenis bercakap sewaktu saat tegang? Nah , ini untuk anda .
Lil Ze , seorang buta huruf yang tak suka bercakap tetapi suka menembak. Sesiapa saja ... lelaki , wanita ,kanak-kanak... he shot peoples for fun. dan tak ada karekter yang lebih jahat dari Lil Ze yang pernah aku tonton sepanjang hayat.
Permainan kamera dari pelbagai agle membuatkan cerita ni nampak hidup sekalipun flashback yang berulang-ulang.
cukup detail sehingga kita tahu setiap susur jalur dunia keturunan gangster dari yang sebelum mereka hingga kepada setiap saingan dan musuh mereka dalam dunia gangster.
Sebuah filem gengster penuh kesenian . Seni berdarah.
Pada dasarnya mereka adalah anarkis yang dunia remaja yang rebel dan penuh candu kebencian pada dunia kapitalisma membuatkan mereka bom kedutaan amerika di Berlin.
Nah, letupan hanya berlaku 12 tahun kemudian bila kebanyakkan mereka dah punya kerjaya dan masa depan.
So funny bila diaorang terpaksa berkumpul semula sebagai anarkis terdiri dari peguam, ahli koperat , model , babysitter yang mana hanya dua orang yang masih kekal dalam perjuangan anarkis.
Tak macam Hollywood ,pengarah jerman ni tahu konsep punk dan anarkis.
Amorres Perros adalah tiga kisah tentang manusia dan anjing peliharaan mereka.
Kisah seorang pemuda yang mengaut keuntungan dari gelanggang laga anjing dan bermusuhan dengan samseng . Juga perasaan cinta taboo kepada kakak iparnya sendiri .
Segalanya mencuit perasaan bila berakhir dengan kemalangan tragik yang membuatkan seorang model yang juga perempuan simpanan simpanan menjadi lumpuh . Wanita itu semakin stress bila anjing peliharaannya terjatuh kedalam lubang yang terdapat dilalam rumah pemberian kekasihnya.
Seorang pembunuh bersiri yang suka memilahara anjing jalanan di serata Mexico city pula telah tesalah kutip anjing laga yang mengakibatkan semua anjing-anjing perliharaannya mati .
aku suka cara mereka mengaitkan semua cerita menjadi satu . serta kehebatan mereka menjiwai semua watak-watak mereka.
Filem hebat yang melangkau pemikiran aku. Genius. teragung
filem aneh yang menakjubkan. Sukar nak faham dengan gambaran cerita cinta seorang wanita yang jatuh cinta dengan seorang lelaki sewaktu dia sendiri semakin menghampiri perkahwinan dengan seorang lelaki yang juga dipilih atas kecintaannya sendiri.
Semakin sukar memahami dengan penamat yang tak disangka.